Dalam Ingatan :-)

Di saat kita semua sedang bergembira, masih ada insan yang memerlukan perhatian dari kita semua. Sebagai manusia kita haruslah saling bantu-membantu agar hidup lebih harmoni. Pada bulan Ramadan 2012, saya dan ahli persatuan High Achievers telah menyertai Majlis Berbuka Puasa di Asrama Bakti iaitu asrama yang menempatkan anak-anak yatim bagi meraikan mereka dalam satu Majlis Berbuka Puasa secara kecil-kecilan. Majlis ini juga diadakan bagi memberi sumbangan sempena Hari Raya Aidilfitri kepada mereka semua. Kunjungan kami diterima baik oleh pengurus dan penghuni asrama. Sebelum berbuka puasa majlis dimulakan dengan tazkirah daripada Ustaz Lokman iaitu salah seorang pensyarah UiTM  Machang. Kemudian diikuti dengan sumbangan kepada anak-anak yatim yang disampaikan oleh En.Meer Zhar Farouk dan diiringi oleh Puan Nazhatul Sahima. Mereka juga merupakan tenaga pengajar di UiTM Machang. Majlis ini turut dihadiri Majlis Perwakilan Pelajar (MPP). Selain itu, kami juga sempat beramah mesra dengan mereka bagi mengeratkan hubungan silaturrahim. Ini merupakan pengalaman yang pertama dan akan menjadi ingatan hingga ke akhir hayat saya. Masa itu pasti berlalu bersama cerita semalam tetapi kenangan ini tidak boleh dipadamkan sampai bila-bila.

-NHK-

 

Image

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s