::Lihat Matahari Terbit::

Assalamualaikum..

Ini merupakan bingkisan yang pertama sekadar perkongsian buat sahabat semua. Lihat matahari terbit merupakan salah satu aktiviti yang disukai kerana ia boleh menenangkan hati, minda dan fikiran. Saya sangat suka ke pantai pada pukul 6.45 pagi semata-mata untuk melihat matahari terbit. Ini merupakan salah satu aktiviti yang paling disukai untuk menghilangkan tekanan sewaktu belajar. Biasanya saya akan pergi ke Pantai Irama, Bachok, Kelantan. Apabila berada di pantai tersebut bukan saya sahaja yang tertunggu-tunggu nak tengok matahari terbit tetapi ada juga beberapa orang yang turut melakukan perkara yang sama. MasyaAllah, seronoknya. Itulah ungkapan yang meniti di bibir ini. Lagipun, ini merupakan salah satu tanda kebesaran Allah s.w.t. Oleh itu, marilah kita sama-sama memanjatkan kesyukuran dengan segala nikmat yang dikurniakan kepada kita semua. Di samping itu, ada juga beberapa orang warga tua yang joging bersama-sama. Saya berasa kagum melihat situasi ini kerana kesungguhan mereka dalam menjalani gaya hidup sihat yang semakin dilupakan oleh masyarakat kita pada hari ini. Sekarang ni dah nak masuk 2 bulan tak pergi pantai, tapi kadang-kadang dapat juga tengok matahari terbit walaupun jauh dari pantai.
-NHK-
10 April 2013, 10.00 PM
Segamat, Johor

hanis32

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s