::Student Invention Innovation & Design (SIID)::

Pada tahun 2012 saya telah menyertai Student Invention Innovation & Design (SIID) di UiTM Machang, Kelantan anjuran Persatuan Student Innovative Creative Circle (SICC) bagi mewakili persatuan High Achevers di bawah pimpinan Puan Nazhatul Sahima. SICC merupakan salah satu persatuan di UiTM Kelantan yang menganjurkan pertandingan ini bagi mencungkil bakat para pelajar dalam berfikiran kreatif dan innovatif. Saya bersama 6 orang rakan yang lain iaitu Nurisya, Syuhada, Arina, Hajar dan Ezuan sama-sama berganding bahu untuk menghasilkan satu projek bagi pertandingan ini. Kami telah bersepakat untuk membina satu laman web bagi kemudahan para pelajar di UiTM Kelantan. Walau bagaimanapun, kami tidak menang dalam pertandingan ini kerana membina laman web ini bukan sesuatu yang mudah dan ianya memerlukan pengetahuan yang tinggi. Namun, kami berasa gembira walaupun tidak menang kerana sudah menjadi adat pertandingan. Apa yang penting adalah pengalaman sewaktu menyertai dan cara kami bekerjasama sebagai sebuah kumpulan. Melalui pengalaman tersebut, bolehlah saya meningkatkan pengetahuan saya tentang bagaimana cara membina laman web yang baik dan bagus.

-NHK-

11 April 2013, 12.30 PM

PTDI

hanis3

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s