Kehidupan Baru

Alhamdulillah. Itulah ungkapan pertama yang saya ungkapkan apabila mendapat tawaran untuk belajar di peringkat ijazah. Peluang ini hanya datang sekali dalam hidup dan saya haruslah memanfaatkannya dengan sebaik mungkin. Saya berasa amat gembira dengan tawaran tersebut.

Walau bagaimanapun, perasaan sedih juga menyelubungi diri ini kerana inilah buat pertama kalinya saya akan berjauhan dengan keluarga. Kehidupan baru ini adalah di UiTM Segamat, Johor. Sebelum datang ke Segamat, macam-macam yang saya dengar tentang tempat ini. Ada orang cakap tempat ni dalam hutan, susah nak ke bandar, rumah sewa jauh dan banyak lagi. Sebagai graduan diploma pengurusan maklumat, saya sudah peka dengan situasi-situasi tersebut di mana jangan cepat percaya sebelum melihatnya dengan sendiri. Maklumat dan fakta yang betul itu adalah sangat penting.

Apabila saya datang ke Segamat, tempat ini tidak seperti yang digambarkan. Mungkin ada yang betul seperti yang digambarkan tetapi UiTM telah menyediakan kemudahan seperti bas untuk para pelajar yang tidak tinggal di kolej. Tempat ini juga digambarkan sebagai “Kampus Alam Semulajadi” kerana terdapat pokok-pokok yang menghijau di sebelah kiri dan kanan. Oleh itu dapatlah kita menghirup udara segar.

 

Image

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s